S:Apakah Herbalife?
J: Herbalife adalah sebuah syarikat yang menjadi peneraju dalam industri pelangsingan badan, kebugaran (wellness), anti penuaan dan penjagaan diri.
S:Sudah berapa lamakah Herbalife beroperasi?
J: Herbalife di tubuhkan pada tahun 1980. Ini bermakna, Herbalife sudah beroperasi selama 32 tahun di 83 buah negara dan sedang berkembang. Herbalife juga tersenarai di bursa saham new york (NYSE).
S:Adakah herbalife mempunyai kesan sampingan?
J: Herbalife tidak mempunyai kesan sampingan kerana ia adalah sejenis makanan dan bukannya ubat. Oleh itu semua lapisan umur boleh menggunakan herbalife termasuk wanita hamil dan kanak2 tetapi dengan cara yang berbeza.
S:Apakah komponen utama untuk melangsingkan badan?
J: Komponen utama untuk melangsingkan badan adalah terdiri dari 3 produk iaitu Formula 1 (F1), Formula 3 (F3) dan Tea mix lemon and hibiscus.
S:Adakah produk Herbalife halal?
J: Ya, anda boleh semak di halaman web ifanca.org dan search Herbalife.
S: Kenapa ada orang ambil Herbalife F1 sahaja dan ada yang ambil F1 dengan F3?
J: Sebenarnya bergantung kepada pilihan masing-masing. Ada sebab kenapa ambil F1 sahaja dan kenapa ambil F1+ F3. Sebelum keluarkan duit untuk beli Herbalife, pastikan dulu apa target anda, nak turunkan berat(kg) dulu atau nak target untuk body shape (kurangkan inci). F1 untuk turunkan berat badan. Kalau ambil F1 sahaja, kg akan hilang dengan cepat. F3 pula untuk shape dan hilangkan inci. Kalau diambil F3 bersama F1, kg akan hilang lambat sikit tapi inci akan hilang cepat. So, pastikan apa target anda dulu sebelum order Herbalife dengan distributor yang dipilih.
S:Bagaimana Herbalife boleh menurunkan berat badan?
J: Secara purata, masyarakat Malaysia makan 1000 kalori sekali hidangan. Shake Herbalife hanya bernilai 180 kalori segelas.Oleh itu produk Herbalife berfungsi untuk mengurangkan pengambilan kalori melalui pengantian makanan, supaya kalori yang dimakan kurang dari apa yang tubuh mampu bakar tetapi dalam masa yang sama membekalkan tubuh dengan segala zat makanan yang badan perlukan supaya tubuh berfungsi dengan baik.Jika pengambilan kalori adalah kurang, tubuh akan mendapatkan kalori dari lemak dalam tubuh, maka lemak dalam badan akan berkurangan.
S:Boleh tak amik shake sekali dan normal meal sekali setiap hari untuk turunkan berat badan?
J: Tidak boleh. Untuk turun berat badan mesti ambil shake 2 kali sehari dan 1 normal meal.Kalau ambil 1 shake dan 1 normal meal, maknanya ada skip 1 meal. Amalan skip waktu makan tidak bagus diamalkan.
S: Masa normal meal boleh makan nasi ke?
J: Of course boleh. Cuma, kalau nak result lebih efektif, kena kurangkan nasi. Dinasihatkan ambil makanan yang seimbang waktu normal meal. Yang penting jumlah pengambilan kalori satu hari perlu dikurangkan untuk turunkan berat badan.
S: Macamana sukatan dan menu yang betul untuk consume Herbalife?
J: Soalan ni kena refer pada coach/ agen Herbalife anda. Sekiranya coach/agen anda tidak dapat memberikan jawapan yang sepatutnya/memuaskan, boleh hubungi saya untuk panduan.Pada sesiapa yang masih belum mendaftar pulak, boleh berikan saya email dan saya akan emailkan cara penggunaan Herbalife yang terbaik sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk ini.
S: Boleh ke ibu yang sedang menyusukan anak menggunakan Herbalife?
J: Boleh. Malah, lebih baik lagi kerana ibu mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya untuk menyusukan bayi. Kandungan soya dalam Herbalife juga boleh membantu menambah kuantiti susu ibu. Cuma teamix tidak digalakkan untuk ibu yg sedang menyusukan anak kerana teamix mengandungi caffein. Dikhuatiri akan menyebabkan bayi susah tidur dan mungkinsenang meragam.Ibu mengandung dan kanak-kanak juga boleh mengambil shake Herbalife.
S:Kalau berat badan sudah turun kpd berat ideal, adakah perlu lagi untuk mengambil produk herbalife?
J: Jika sudah mencapai berat ideal, anda hanya perlu mengambil sekali sehari untuk mengekalkan berat badan dan juga untuk kesihatan.
S:Adakah berat badan akan naik semula jika saya tidak lagi menggunakan produk ini?
J: Sebagai contoh, herbalife menurunkan berat badan dengan cara mengawal pengambilan kalori sehari. Jika kita mengambil makanan yang tidak diketahui berapakah kalori nya dan adakah cukup segala nutrisi yang diperlukan oleh badan,oleh itu adakah kemungkinan kita akan makan lebih dari yang sepatutnya? Sudah semestinya YA! jika begitu pasti berat badan anda akan naik semula dan kesihatan anda juga akan merosot, kerana kesihatan yang baik bergantung kepada apa yang kita makan.
S:Berapa lama masa yang diperlukan untuk menurunkan berat badan?
J: Bergantung kepada individu. Ada individu yang ingin kurangkan sebanyak 5 kg, ada juga ingin kurangkan sebanyak 10 kg. Jika ingin mengurangkan berat badan sebanyak 10 kg, katakan sebulan berat badan beliau boleh turun sebanyak 2 kg, 5 bulan 10 kg. Saya pula mengambil masa selama 2 bulan untuk menurunkan sebanyak 12 kg dan isteri saya 10 kg dalam 2 bulan.
S:Bagaimana kita hendak pastikan semua nutrisi mikro di atas dibekalkan kepada badan setiap hari?
J:Usah risau! Segalanya telah diformulasikan, dikaji, disukat, dicuba dan terbuktiberkesan selama lebih 32 tahun. Semuanya ada dalam Formula 1!
S:Bagaimana boleh langsing dalam masa yang singkat?
J:Pengambilan Tea Mix akan membakar kalori seperti kita melakukan aerobik 20 minit.Jika kadar Metabolisma anda tinggi, berat akan turun lebih cepat kerana metabolisma membantu pembakaran kalori lebih cepat. Jadi pilih makanan yang seimbang semasa program ini.
S:Adakah pengambilan tea herbalife akan menyebabkan kita sering membuang air besar?
J: Produk herbalife adalah berbeza dengan produk pelangsingan yang lain. Pengambilan tea tidak akan menyebabkan kita sering membuang air besar seperti tea-tea pelangsingan yang lain. Ini kerana tea herbalife hanya membantu menambahkan proses pembakaran di dalam badan dan membuang toksin dalam badan serta meningkatkan tenaga.
S:Saya berminat untuk dapatkan produk Herbalife ini. Tapi saya tak tahu caranya ?
J: Produk Herbalife boleh didapati di HQ Herbalife Jalan Raja Chulan sahaja. Tapi untuk membelinya hendaklah menjadi distributor terlebih dahulu. Jika berminat boleh terus hubungi/sms anes 013-3239282/0199098729 . Kami sedia membantu sebagai seorang COACH yang terbaik untuk anda.
No comments:
Post a Comment